Saturday, 3 August 2013

KELUARGA BESAR SAYA...

Alhamdulilah Hari ni seperti yang dirancang...setelah sebulan membuat perancangan yg cukup rapi...baru hari ini dapat dilaksanakan...ACARA MAKAN2 BERBUKA PUASA DILUAR BERSAMA KELUARGA BESAR SAYA....itu pun Acara Tahunan (Aku andaikan acara tahunan sebab tiap2 tahun Acara Berbuka Puasa ni merupakan rutin yg saya dan keluarga akan buat) ini tidak dapat disertai oleh Mr Hubby (7.8.2013 Mr Hubby Baru balik Dari Bertugas )  dan 2 adik ipar yang ada komitment yg tdk dapat di elakkan.

So kami semua seramai 9 org adik beradik, (memandangkan  adik yg di UTIM Sarawak pun dah balik) berkumpul bersama Mak, bapa dan anak saudara. Meriah! sangat meriah....memandangkan tahun ini 3 org ahli keluarga baru kami, 2 adik ipar dan seorg anak buah menyertai kami maka tambah dan sangat meriah...

So sebagai kakak yg paling sulung ...menjadi tanggungjawab aku utk tetapkan di mana n apa menu utk berbuka...dah jadi tugas tahunan...

Sebenarnya..kami jarang dpt berkumpul seperti ini....jarang sangat..semenjak masing2 sudah berkeluarga dan mempunyai komitment sendiri...Aku cuma mengharapkan pertemuan2 seperti ini akan mengukuhkan lagi ikatan adik beradik dan beripar2 ini dan disampaing mengukuhkan ukhuwah dan kasih sayang diantara kami. Itu yang mak selalu pesan pada aku semenjak aku kecil....Mak mau aku sebagai kakak sulung bertanggungjawab pada adik2...susah senang tanggung sama2...Mak mau kami sentiasa mempertahankan ikatan kekeluargaan wlu pun apa keadaan dan situasi....dan sehingga kini mungkin kerana didikan mak dan asuhan mak sedari kecil antara kami seramai 9 org mmg cukup rapat antara 1 sama lain...ibarat tangan kiri dan tangan kanan....

Actually sedih juga bila acara mcm ni...En Hubby tak dapat turut serta...mmg aku terasa kelainannya....rasanya selama hidup bersama baru tahun ni hubby tak dapat menyertai kami....kebiasaanya hujung2 puasa mcm ni Hubby bercuti...tapi kali ini mmg dah nasib Hubby bertugas hingga 7hb.8.2013....sabar je lah hati...

Eh jom tgk gambar2 sekitar acara makan2 Iftar Keluarga Besar Aku ini....

penuh 1 Meja..anak 9 org...belum kira anak saudara....


Adik Ipar, Adik2 n Anak Saudara 

Ayah n Bonda Tersayang.." Tiada Apa Yang Mampu Membuat Aku
Bahagia, selain dari melihat mrk Bahagia n Gembira. 

Ragam Adik2, Adik Ipar n Anak Saudara


Sempat Cari Durian..Utk Tunaikan Hajat Bapa....

Salam Sayang n Selamat Hari Raya,,,,

No comments: