Thursday, 1 May 2014

CUTI-CUTI CHINA GUILIN PART 1 - (GUILIN)

Iam Back....

Agak lama saya menyepikan diri....bersarang dah blog ini..... ok jum saya nak bercerita cuti2 yang saya plan since awal tahun 2013....
En suami confirmkan tiket.... so kitaorg decide utk ke Guilin China pada 28hb.12.2013. So penerbangan ke Kuala Lumpur (KLIA) PADA 27hb.12.2013 pada jam 6.50 pm...saya di landa demam panas yang sangat teruk,,selepas saya check in semasa menunggu flight tiba...saya tidur...syukurlah En Suami ada di sisi...membantu saya...hampir2 saya putuskan utk tidak meneruskan penerbangan ke KL, lantaran tak tahan dengan demam panas yang melanda.
Dalam tengah2 sakit tu sempat juga En Suami bergurau..katanya kita teruskan fly saja ke KL, tak perlulah p guilin....cuti2 kat cameron higland....hehehehe pandai Encik Suami pujuk saya utk teruskan perjalanan.hehehe...so saya pun teruskan penerbangan...dalam flight saya hanya tidur....suami kejutkan utk makan ubat...dan saya sambung tidur....Terima Kasih En Suami.....
Sesampainya di KLIA....kami terus mengambil bas menuju ke LCCT utk persediaan berlepas ke Guilin esok harinya....dan kami berlepas ke Guilin pada pukul 5.50 pagi waktu malaysia.....

O ye nak habaq skit nak masuk China kena mohon Visa...kalau tadak Visa ...mmg kena kick out tak boleh terbang ke china... Mohon Visa sekurang2nya sebulan sebelum fly ke China.. Ingat tu...hehe 
saya buat Visa melalui Travel Agen yang ada kat KK, o ye..bukan semua Travel Agensi di Bandaraya Kota kinabalu ni akn bantu anda buat Visa...

Day 1 


Memandangkan Kami hanya bermalam di LCCT so tak berapa nak kelam kabut sangat, saya tidur sahaja sepanjang malam menunggu utk perlepasan ke Guilin esok pagi kerana faktor tidak sihat, Lebih kurang jam 4.00 pagi, terus check-in beg dan masuk ke ruangan berlepas. Ngam-ngam je duduk dalam 15 minit kat departure hall tu, pengumuman untuk pelepasan dibuat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Penumpang yang nak ke Guilin pon agak rama jugak, dan kebanyakannya adalah warga China dan ada jugak beberapa warga Malaysia yang nak pergi melancong mahupun balik kampung macam kami. Penerbangan ke Guilin 28.12.2013 LCCT Kuala Lumpur  menaiki Air Asia AK 1034 penerbangan jam 5.55 am waktu Malaysia dan dijangka tiba pada jam 9.50 am waktu China. (Sebenarnya tak beza sangat pun...so tak perlulah betulkan Jam anda). Kami sampai dengan selamatnya

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guilin mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Liangjiang International Airport, Guilin lebih kurang jam 9.50 pagi. Cuaca masa tu agak mendung tapi tak berarti hujan. Alhamdulillah juga kami tak perlu beratur panjang untuk pemeriksaan bagasi memandangkan pegawai Kastam di sana melepaskan kami keluar tanpa perlu diperiksa. (Ajaib jugak, mungkin sebab nampak kami ni bawak begpek je kot?). 


Ini contoh Daparture Card yang perlu di isi sewaktu sampai di Liangjiang International Airport
 (Saya ambik dari blog Saudara Janggeltrekkter's untuk rujukan ) sebelum pasport di periksa oleh
Pegawai Imegresen. Sertakan sekali Departure Card  ini bersama Pasport anda.

Bas Ke Guilin City

Pelan seterusnya adalah menaiki bas ke Guilin City. Ha mana nak cari bas? Bas awam menuju ke Guilin City boleh didapati betul-betul di hadapan balai ketibaan (Domestik). Keluar je pintu, silalah menuju ke pintu keluar ketibaan domestik dan kat depan tu ada beberapa buah bas sedang menanti. Konsepnya, tunggu penuh baru jalan. Memula tu agak was-was la jugak dengan bas tu samada betul ke ke Guilin City atau tak, setelah bertanya sana-sani akhirnya memang kompom basnya di situ. So simpanlah beg-beg gedabak di dalam perut bas dan tunggu penumpang penuh.Tak perlu menunggu lama, sebab Bas pun dah nak penuh, kebetulan hanya ada dua tempat kosong memang ngam2 utk saya dan En Suami. Eh baru teringat main redah je naik bas, saya lupa nak beli tiket bas..Aduh sudah... tak pasal2 kena turun pula kang.... Akhirnya kerisauan saya terlerai bilamana dalam perjalanan akan ada sorang kondakter bas yang akan memungut duit tiket. So sila sediakan 20 Yuan (RM 10.00) untuk tambang bas tersebut. Murah je, tak mahal pon... bas pon agak selesa, cuma agak panas sikit sebab ekonnya slow. Cuaca pon takda la sejuk sangat, tak sampai gigil-gigil pon. (Cuaca di Guilin semasa kami sampai ialah 4darjah celcius. 



Yeye Kami Dah Sampai.... 


(Gambar ini saya ambil dari Blog Sahabat Janggeltrakers, utk rujukan sahabat2 yang ingin ke Guilin)
Lihat betul2 gambar Bas tau..supaya tak silap Bas.hehehe (Tq Janggeltrakers sebab Blog anda sangat2
Banyak membantu. 


International LiangJiang Airport Guilin China 

Perjalanan dari Linjiang International Airport ke Guilin City mengambil masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas (lebih kurang macam jarak di antara KLIA dengan Bandaraya Kuala Lumpur la jaraknya kalau ikut highway). 

Saya cadangkan rakan2 yang ingin ke Guilin, elok booked hotel dari Malaysia ... Saya memilih Wada Hotel Kerana tempat ini merupakan tempat penginapan pilihan seluruh backpakers dunia termasuk rakan2 dari Malaysia yg pernah ke Guilin ..mmg saya cukup berpuas hati.... boleh buat booked melalui agoda.com. Murah, senang n jimat. 

Sesampainya kami di Bandar Guilin, Bas berhenti betul2 depan Swan Hotel. Alamat 



Wada Hostel in Guilin 
瓦当青年旅舍 广西桂林市象山区环城西一路212号 
212 Huan Cheng Xi Yi Rd. Guilin, Guangxi, China 541002 
 Tel: +86 773 215 4888



Panduan Arah Tuju Ke Wada Hostel Guilin 


Sebenarnya saya pun agak blur bila mula2 lihat peta ni....Tak faham sangat, Berpusing2 juga dengan En Suami mencari arah tuju Hotel ni... 
Adalah lebih kurang 2 jam pusing2 dgn Hubby mencari Hotel, Last2 kita org jumpa juga..... 

Wada Hostel..saya syorkan pada rakan2 yang mahu ke Guilin...silalah lawat or stay di sini
Staf nya semua ramah2...dan baik2 belaka... Lagi satu boleh layari FB...kat sini hehehe


Suka suki di sini 

Utk hari pertama ni..saya dan en suami x ke mana2...cuma servay2 tempat....nak cari di mana kedudukan Stesen Bas n Stesen Keretapi... Kitaorg x berjalan sangat sampai kat Guilin ni sebab saya pun agak tak berapa sihat ...so jom layan2 gambar sajalah .....


Guilin 28/12/2013 


Layan Gambar Saja ye..... 

Stesen Kereta Api... Bangunan ni kena tgk betul2  Dari Luar... Kalau tak mmg kita
Tak perasan ini stesen Keretapi... Dekat jalanraya saja.. 
nak lintas jalan kena mengucap dulu.... kan sini memang seriau betul jalanraya mrk...
Bersimpang siur kereta...so Hati2 kalau nak melintas.....


O ya memandangkan kami nak ke Shenzhen maka saya n hubby putuskan utk ke sana menaiki Train, utk makluman kawan2... saya dah booked tiket train ni 4 bulan awal, dari tarikh kami nak ke shenzhen, Bukan apa... takut nanti sampai2 kat guilin baru nak beli tiket silap2 tiket habis... so sebab tu saya plan awal beli tiket keretapi ni,  

Lagi satu kita ada pilihan lain, if tak nak naik train boleh juga naik bas, perjalanan dari Guilin ke Shenzhen mengambil masa selama 9 jam lebih kurang lah....

Nak check harga tiket Trian boleh Rujuk kat sini..... 

http://www.chinatrainguide.com/

http://www.travelchinaguide.com/china-trains/

NOTE *oleh kerana perjalanan ke stesen kereta api n setesen bas agak jauh juga dari wada hostel saya dan Hubby menggunakan perkhidmatan bas dalam bandar yang bernombor 10, naik bas ni tambang cuma 1 yuen. Bas akan melalui Wada Hostel, so tak perlu penat2 nak berjalan kaki....hehe.. 

Ok ni utk catatan hari pertama.... nanti saya smabung lagi....

Selamat membaca kawan2..... 



2 comments:

Muhammad Khairuddin Lim said...

salam..saya telah add anda sebagai follower

Cik Terapi Urutan Bersalin said...

Salam
bole beri itinerary penuh trip ke guilin.
sy dh beli tiket bercuti ke guilin hope dpt membantu sy sepanjang d sana nanti.email sy zie_savvy@yahoo com

terima kaseh.