Saturday, 3 May 2014

CUTI-CUTI CHINA -GUILIN PART 2 (YANGSHOU)

Alahai ...lamanya aku senyap...sibok...sibok... huhu..almaklumlah....jadi student ni... byk masa aku nak kena fokus utk study... ok..ok..jom kita bercerita cerita Cuti-cuti China-Gulin Part 2...saya kena habiskan juga cerita ni....ok jom

****************

DAY 2

Kami bangun awal pagi ni. Kena bersedia awal ke stesen Bas utk bertolak ke Yangshou.

Yangshuo terkenal dengan pemandangan indah, gunung-ganang batu kapur, kampung dan sungai. Guilin kota besar (lebih besar daripada KL), tetapi ada beberapa lokasi yang indah juga. Jadi sediakan kamera! Yang penting banyak tempat menarik untuk dilawati...

Apa yang menariknya ialah Stesen Bas di sini berjadual. So kalau bertolak jam 8.00am silalah awal tgu BAS kat sini... bukan BAS yang tunggu kita tau... 
so Kami bertolak ke Yangshuo menaiki Bas yang sangat selesa. Harga tambang ke Yangshuo berharga CNY/22 Pax. Keadaan Bas beraicon dan sangat selesa. Memandangkan hari tersebut merupakan hari biasa maka keadaan dalam bas tak sesak mana..hanya saya, suami dan seorang lagi penumpang menaiki Bas tersebut. 

Perjalanan ke  Yangshuo mengambil masa 1 Jam 30 minit (73km). Wilayah Yangshou terletak di Bahagian Selatan Guilin.Sila rujuk Map kat bawah ni ye


Perjalanan sepanjang jalan Guilin-Yangshuo pun lawa - Nampak bukit bukau, kebun sayur yang luas mata memandang kiranya tak bosan layan view
Setelah hampir 1 jam setengah duduk dalam bas - akhirnya bas masuk ke kawasan bandar, rasanya kami dah nak sampai Yangshuo kot. Tapi bayang stesen bas pun tak nampak lagi ni. Tiba-tiba bas berhenti di tepi jalan (betul-betul di depan pam stesen) dan konduktor bus cakap cong ceng cong ceng Yangshuo! Yangshuo! cong ceng cong ceng - gaya macam nak menghalau okeh. Ramai pulak yang bangun dan turun. Kami tak ada pilihan selain dari angkut beg dan turun.


Bergambar depan stesen Bas Yangshuo


Akhirnya kami sampai di sini so...kami ambik peluang utk bergambar sebanyak yang mungkin di sini... 
Pemandangan di yangshuo memang cantik... Berbukit bukau, hijau saja pemandangan yang kami nampak di sini... Cuaca pula sangat sejuk 4 darjah celsius..maunya tangan sejuk beku kalau tak pakai sarung tangan...hehehe...


Suasana Perhentian Bas Yangshou 
Yangshou 
Puas bergambar kami meneruskan perjalanan ... nak cari hotel le kononya...adalah juga teksi2 yang berhenti nak ambik...tapi aku rasa nak berjalan saja... agaknya dalam fikiran aku...tempat penginapan tu dekat...so bermulalah perjalanan menacri hotel,...tapi sempat juga bersnap2 dengan en hubby hehehe

Pemandangan Yang Indah di Yangshou 

Bandar Yangshuo bagi aku agak agak tenang sedikit berbanding Guilin. Orang-orangnya pon tak terlalu gelabah dan banyak pelancong asing yang datang ke Yangshuo.Mungkin sebab tarikan utamanya adalah pemandangan bukit-bukau yang indah tu. Sekali pandang nampak macam kat Bandaraya Ipoh pon ada jugak, sebab keadaan di sini dikelilingi bukit-bukit batu kapur yang tersusun mengelilingi bandar Yangshuo tu. 

First thing yang kami buat sebaik saja turun dari bas adalah cari kedai makan muslim! Maklumla masa tu dah hampir pukul 2 petang, perut pulak dah bergendang cina bagai minta di isi, maka perlulah mengisi perut dulu. 

Ikut kajian yang aku buat menerusi google dan sahabat2 bloggers yang pernah ke sini terdapat sebuah kedai makanan halal berhampiran dengan stesen bas Yangshuo, hanya keluar dari stesen bas dan nampak la kedai makanan muslim di seberang jalan, kalau tak silap signboard bewarna biru. Senang je nak cari. Tapi memandangkan kami terkeluar ikut pintu stesen bas yang lain, maka agak berbelit-belit jugak la nak mencari kedai tu. Puas jugak  cari kedai siap tanya kat sesiapa yang kami jumpadiorang pon tak tahu. Haish dah ler bercakap mcm itik ngan ayam..English pula diorg tak tau... aku memang dah penat giler...lapor tahap gaban dah..Sib baik hubby penyabar orgnya..hehehe ... Lastly ternampak jugak la kedai makanan muslim tu, memang betul-betul bertentangan dengan pintu stesen bas yang lagi satu.So pepandai la cari ye.


Akhirnya jumpa juga kedai Makanan Muslim 

Macam biasa, konsep kedai makanan muslim kat Yangshuo ni lebih kurang sama je macam kat Guilin yang kami pergi haritu. Makanannya pon lebih kurang sama jugak. So main tunjuk-tunjuk je la, makan apa yang ada untuk mengisi perut......

Ni namanya Mee Tarik, cukup popular di China...
(Sumber : Janggeltrekker Life) 

Sepinggan ni boleh makan berdua... banyak sangat 
Lepas habis makan, aku dan En Hubby meneruskan perjalanan...so ada lah tenaga skit..untuk berjalan... Alahai letih kaki... tapi aku gagahi jugalah kaki utk berjalan... Nama hotel tempat aku menginap  tu namanya Bamboo House Hotel. Dalam perjalanan aku terjumpa seakan2 nama Hotel tempat aku dah booked...bila ditanya katanya itu branch lain... tapi nasib baiklah minah ni call pekerja di situ untuk tolong tunjukkan arah..kalau tak confirm aku cari hotel lain,...dah tak larat nak mencari... 

Tak lama menunggu  minah ni dah datang jemput kami. Ingatkan ada orang nak datang jemput naik van ke..huhu ....hahahha lawak sungguh. Kata minah tu (agak fasih berbahasa inggeris) kedudukan hotel tu tak jauh, cuma jalan kami sepuluh minit. Lega kami dengar, tapiiiiiii bila dah jalan dekat 15 minit tak sampai-sampai jugak! Jauh juga sebenarnya. Lokasi hotel ni terletak di celah-celah bangunan dan yang paling penting ia berdekatan dengan West Street yang popular tu. Apa ada kat West Street nanti aku ceritakan kemudian.

Akhirnya.... Kami sampai juga.... Penat tok sah cerita...kaki ni dah rasa mcm kena henyek dgn Batu....Penat oooooo....

Di Kelilingi Bukit-Bukit








Keadaan Dalam Lobby Hotel, mmg sangat menarik... 

Biasalah dah smapai... aku lupa nak ambik gambar bilik..tapi bilik agak selesa.. besarlah juga... dan sangat bersih... nantilah next time aku dtg sini...aku ambik gambar bilik banyak2...

Penat dah nak menaip ni... nanti aku sambung dengan siri ke 3, Aktiviti petang aku bersama en Suami ye...heehehe...kitaorg nak rest dulu.... hokey!!!! 



No comments: