Saturday, 10 May 2014

CUTI-CUTI CHINA-GUILIN PART-3 (YANGSHOU)

I'am back....

Huh....selesai berehat...meluruskan kaki dan punggung.... mandi dan segala mcm utk menghilangkan penat... akhirnya aku rasa dah okey semula... hehe

Sebenarnya aku tak tau apa nak buat...memandangkan hari dah lewat petang aku ajak je En Suami berjalan2 disekitar hotel dan kawasan-kawasan terdekat..sambil2 aku beramah mesra dgn petugas kaunter... apa yg paling bagus atau apa aktiviti yang paling best boleh aku buat esok. 

Layan gambar dulu k.....




Kami menikmati pemandangan di tepian sungai....mmg cantik... lagipun hari dah nak hampir petang....o ya aku nak bgtau cuaca pada masa ni ialah 4 darjah celsius... sejuk giler.....Terpaksa guna sarung tangan n sarung leher... sejuk...yg teramat sgt... 

Jom tgk lagi gambar2 kami di sini.... 



Tuan Rumah...hahahaha 
MR Cinta..AKA Mr Hubby 

Pemandangan di sini mmg cantik... Air pun jernih.. Kalau anda berada di sini.. pasti anda akn di sapa oleh Ejen2 travel berbangsa Cina utk mereka promosikan pelbagai tawaran... Nasihat saya kena pandai menawar...biar harga runtuh terus... Contoh macam nai kapal..sekadar menyusur tebing sungai...pun mrk akan kenakan harga yg sangat mahal..tapi kena pandai menawar atau pun kena jual mahal skit...lama2 mereka akn akur dan menetapkan harga yang kita minta...

Ya lah bukan nya nak ke mana pun..sekadar melalui anak sungai ni... naik kapal penumpang...harga seorg sampai RM50 duit malaysia mmg le tak berbaloi kan... so pandailah2 demand....

Selesai berjalan2 di pinggir sungai... Kami mencari kopi...lamanya dah tak minum kopi...
Kepada penggemar kopi saya nasihatkan..elok bawa paket ready made dari malaysia... senang...untuk makluman kat sini... harga kopi dah siap buat sangat mahal.. ada yang mencecah RM20 duit malaysia dengan isi hanya sebanyak 100 ml (10 Yuan) ... alahai...tak sempat masuk perut pun kopi dah habis...

Puas berjalan menikmati pemandangan dan gerai2 yang berniaga kat sini yang rata2nya menjual tudung jenis silk dan selendang mmg rambang mata dibuatnya. Nasihat saya kalau mahu membeli elok tawar semurah mungkin... seperti saya membeli tudung silk asalnya harga RM100 duit malaysia (3 helai) agak mcm tak berbaloi dgn harga spt itu,....ahkhirnya puas menawar mereka letakkan RM40 3 helai tudung silk....hehehe

Jom tgk gambar sekitar2 ni..

Di persekitaran kawasan  


Antara Barangan Yang di Jual (Kredit kepada Janggeltrekker Life)



Selesai bersiar2... Kami terjumpa sebuah agensi travel utk Kami  bertanyakan tentang pakej -pakej yang ada kat situ seperti melawat Li River Cruise, Yulong River Water Rafting, tengok show Impression dan banyak lagi. Memandangkan kami tak banyak masa di Yangshuo, dan hari pon dah petang, maka kami hanya memilih untuk tengok Water Show Impression saja malam tu. Harga tiket untuk Show Impression ni agak mahal jugak la yakni 180 Yuan / person (RM 90.00) tapi yakinlah bahawa show ni sangat menarik! Pasrah je la bayar 90 ringgit sebab nak tengok show air ni. Bile lagi nak tengok kan, alang-alang dah sampai. So lepas dah siap tinggalkan barang semua di hotel, kami menaiki van untuk keYulong River. 

Selesai membuat pembayaran, kami dikehendaki menunggu di situ tepat jam 8.00 malam nanti. 
Kami kene  bersiap-siap sebab sebelah malamnya pula kami akan menonton The Impression Show, sebuah tayangan pementasan air yang telah mendapat pengiktirafan dunia dan telah memenangi beberapa award (katanya la, aku tak tau diorang ni menang award apa, sila google sendiri ye). Maka kami pon bersiap la ala kadar sahaja memandangkan tempat yang kami nak pergi ni agak open air dan malam pon panas je, so pakai pon santai-santai je la, takde beria sangat.

So sampai sini dulu aku menulis... nanti sambung lagi utk Part 4...letih jari menaip kat keybord ni...hahaha...so nak rehatkan jemari ni dulu ya... 

No comments: