Saturday, 17 May 2014

CUTI-CUTI CHINA - GUILIN PART- 4 (YANGSHOU)




Sorry Gambar Blur...  

Kerani Yang Banyak Bantu Kami

Bayar-Bayar ...hehe 
Kereta menunggu kami dalam jam 8.00 malam, nampak gaya hanya kami berdua yang diuruskan. Kami dibawa menuju ke tempat persembahan dan kami lihat ramai giler orang kat luar sedang beratur membeli tiket. Menurut individu yang bertanggungjwb membawa kami ke sana, kami diarahkan untuk tunggu sebentar di hadapan kawasan membeli tiket, sementara ada seorang agen tiket yang akan menguruskan perihal tiket kami. Sebenarnya, mereka ada kuota-kuota tersendiri bagi agen-agen tiket ni. So disebabkan kami dah booking under syarikat pelancongan, jadi semuanya diorang uruskan. Tak perlulah nak beratur sepanjang malam tu untuk beli tiket. Mudah bukan? Harga tiket untuk Show Impression ni agak mahal jugak la yakni 180 Yuan / person (RM 90.00)

Harga tiket adalah berbeda-beda mengikut zon kawasan tempat duduk. Makin tinggi kita duduk, makin mahal pulak harganya. Kami pilih untuk duduk di zon tengah yakni dengan harga tiket 180 Yuan (RM 90) / seorang. Agak mahal sebenarnya, tapi disebabkan kami taknak melepaskan peluang menyaksikan persembahan teater terbesar di dunia, yang dipentaskan secara terbuka di atas air, maka kami pasrah dan redho je beli tiket tu. Mudah-mudahan menghiburkan. 

Sedikit Info mengenai Show Impression 

NOTA: The premiere of the Yangshuo Light Show was on March 20th, 2004 at the Sanjie Liu Sing fair, about a mile from West Street . The performance utilizes the natural surroundings to create a spectacular outdoor theater which is the largest of its kind. The Li River itself is the stage and twelve mountains serve as the backdrop. The performance is divided into seven chapters including the preface and epilogue. At the beginning, the lights are all turned off and the image of Sanjie appears indistinctly in the sky with beautiful songs 'Sing the folk songs, here I am singing and there you are echoing...'. As the lights come up, the twelve hills appear in front of the audients; and a small fishing boat is rowed from the hills. This is the Preface - the Legend of Hills and Rivers.- sumber Google.


Keadaan Di Luar 


Kitaorg rileks je sebab amoi tu yg belikan tiket
Bila isyarat dibunyikan tanda show nak mula, kami pon mula fokus kat kawasan tasik (tasik ke sungai ntah) kat depan kami yang dijadikan sebagai stage. Kagum gila masa tu sebab latar belakang gunung-ganang di Yangshuo tu dijadikan sebagai latar belakang persembahan dengan suluhan lampu-lampu spotlight ke arah gunung-gunung tu. Ish memang lawa gile, kagum aku. Maka persembahan pon bermula. Difahamkan bahawa persembahan Impression ni terbahagi kepada 7 segmen dan setiap segmen ada cerita tersendiri. Hummmm susah nak faham sebab persembahan adalah dalam bahasa ibunda. So layan je la tengok apa yang diorang persembahan.
Antara Persembahan malam itu 


Lagi Persembahan 
Aku Paling Suka Tengok Ni.... Seorg perempuan2 buat aksi akrobatik atas Bulan...huhu comel sangat


Cuba tengok  Kat Sini....  dan lagi ...

Sebenarnya aku pun tak faham sepatah apa yg mereka nyanyikan... semua dalam bahasa Cina... tapi yang sangat mengkagumkan aku ialah persembahan, lighting dan cara mereka menjayakan persembahan di atas air ini... sangat menarik minat... (kalau org gelak aku diam je...tapi bila org tepuk tangan...aku ikut juga ler tepuk) 

Agak sejuk juga sebab suhu mencecah 4 darjah celsius.... mau kejang otot n segala urat dalam badan... selesai persembahan ini... kami balik semula ke West Streest (Tempat di mana kami di ambil) 

Sila Abaikan Gambar yang Blur...hahaha  


Ok dah habis cerita Show Impression .. Esok (30hb Dis 2013) apa pula cerita kami... saya akn sambung minggu depan ye...  selamat membaca n enjoy!!!! 

2 comments:

farizghazali said...

blog ni dah tamat ke? tak de u[pdate ke?

Mizz Tiny said...

Terima Kasih Kerana sudi singgah diblog saya... Blog ni masih aktif...cuma lately agak busy skit...Insyallah akan saya updatekan dari masa ke semasa...Terima Kasih sekali lagi....Salam Hormat