Saturday, 24 May 2014

CUTI-CUTI CHINA - GUILIN PART- 5 (YANGSHOU)

Jom kita tengok Aktiviti kami hari ini...

kami memilih untuk ke Yulong River Water Rafting


Harga tiket untuk water rafting adalah 90 Yuan (RM 45)

kami menaiki van untuk keYulong River. Eksaited jugak la sebab nak naik rakit hehehe. Sebelum ni tak pernah pon naik rakit okay!

Perjalanan menaiki van mengambil masa lebih kurang 20-30 minit jugak la menuju ke pinggir sungari Yulong tu. Dah sampai situ, pemandu van berpesan supaya kami ingat muka dia dan nombor van tu sebab masa balik nanti akan naik van yang sama. Ok tak susah tu, snap je gambar kompom dapat cari nanti. 

Di tebing-tebing sungai kelihatan ramai sangat orang dan berderet-deret rakit tersusun menanti dinaiki. Setelah kami diberi tiket oleh pemandu van, kami diarahkan untuk naik ke rakit-rakit yang telah tersedia. Maka aku dan John naik la kat rakit yang dipandu oleh sorang mamat ni. Teruk sungguh mamat ni, dah la tak paham bahasa inggeris, lepas tu bawak rakit tu bukan main laju! Siap memotong-motong rakit lain pulak tu, jauh kami menuju kedepan meninggalkan diorang-diorang kat belakang tu. Jenuh jugak kami suruh dia bawak slow, dan tunggu kawan-kawan yang lain, tapislownya sekejap je, lepas tu laju balik dia mengayuh rakit tu. Haish geram sungguh.


Rakit-Rakit Yang Dah Tersedia 
Sepanjang perjalanan di Yulong River ni, akan ada 5 kawasan jeram yang kita kena lalu. Dan setiap jeram tu akan adastandby orang amik gambar dan akan siap di print dan jual kepada penumpang! Siap ada check-point untuk berhenti dan print gambar di tengah-tengah sungai tu. Mushykil jugak aku tengok sungai Yulong ni, rasanya dasar sungai ni adalah simen dan jeram-jeram tu semua adalah jeram buatan. Adakah sungai ni telah direnovate jadi sungai buatan??Wallahualam. Tak pulak aku kaji benda-benda tu.

Pemandangan Di Sekitar Check Point  tempat kami di  turun 

 Sepanjang perjalanan memang menarik sungguh pemandangannya. Tak dinafikan pemandangan di Yulong Rivermemang menarik, dapat lihat landskap gunung-ganang dan hutan disekeliling kami,

Kecut Perut Oooooo... huhuh 

Me With Chinta Hati.... 
Ada terdapat gerai-gerai makanan terapung di tengah-tengah sungai, ada strategi jugak diorang ni, diorang akan berhentikan rakit kita di salah sebuah restoran terapung dan katanya letih nak minum air, siap suruh kami bayarkan lagi harga minuman pendayung rakit tu! Saja je kan nak pau! terpaksa jugak la bayarkan harga minuman diorang tu, masa tu kami bayar 10 Yuan kot, untuk satu tin air minuman, Nak tak nak kena bayarkan jugalah...

Pemandangan di sepanjang Sungai  

Kami jugak sempat la beli gambar yang dah dicetak tu, tapi beli 4 je gambar di setiap jeram, terpaksa pulak buat aksi berbeda-beda kan. Harga sekeping gambar yang dah dicetak dandilaminate adalah 20 Yuan (RM 10). Beli untuk kenang-kenangan beli je la sekeping dua. 

Upacara mendayung rakit berlangsung agak lama, lebih kurang sejam setengah jugak la duduk atas rakit tu. Tapi seronok sebab dapat tengok pemandangan cantik dan cuaca masa ni pun sangat sejuk....


Ok setelah sampai di hujung sungai, kami pun turun dan mencari semula van yang kami naiki tadi. Memang ada van tu dah siap tunggu kat hujung check-poin. Sebenarnya ada dua cara nak ke Yulong River ni samada menaiki basikal atau van. Tapi bila dah tengok jarak dan keadaan jalanraya kat situ, bersyukur sangat sebab kami memilih untuk naik van, kalau tak tak tau le sempat naik rakit ke tak hehehhee.

Siap buat Pre Wedding lagi...hehehe Abaikan gambar blur..hehe 


Yea...kami dah sampai.... so berakhirnya percutian kami di Yangshou.... lepas ni kita sambung ...ke mana pula destinasi kami seterusnya... Last day kami kat sini ...nanti saya sambung lagi di mana destinasi kami seterusnya...

O ya layanlah video yang saya ambik dari Youtube ... keadaan dan suasana di Yulong River Water Rafting 



dan  Sini....


Ok lah, nanti aku sambung cerita selanjutnya. Penat dah menaip panjang-panjang ni.

Bersambung....

No comments: