Sunday, 1 June 2014

CUTI-CUTI CHINA - GUILIN PART- 6 (Shangri-La Park)



Sambungan Dari Part 5

Ok jom aku sambung ke cerita seterusnya.

Setelah selesai berjimba di Yulong River Water Rafting, Kami balik semula ke Hotel kerana hari ini kami akan balik semula ke Guilin untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Sebelum balik ke Guilin kami melawat ke satu tempat yang di namakan  

Shangri-La Park...



WEST STREET 

Sementara menunggu Van yang akan membawa kami ke Shangri La Park... kami sempat menshopping diri dan jalan-jalan cuci mata di West Street, kami pon bersiap-siap untuk pulang semula ke Guilin. Dalam perjalanan ke Guilin kami ke sebuah taman yang sangat cantik yakni Shangrila Park!  Aku tak ingat nak masuk Shangrila tu berapa harga tiketnya. Tak silap aku kena bayar 70 Yuan (RM35) utk seorang dan semuanya di bayar ddan diuruskan oleh Hotel Bamboo House.


PINTU MASUK KE SHANGRI LA PARK
DEPAN BOAT YANG AKAN MEMBAWA KAMI MELAWAT  DI SEKITAR2 TAMAN INI






Subhanallah pemandangan kat Shangrila Park ni memang tidak dinafikan sangat cantik. Banyak replika rumah masyarakat China dulu-dulu dibina, dan pekerja-pekerjanya mengenakan pakaian tradisi masyarakat China. Ala kalau korang pernah pergi ke Kampung Budaya Sarawak, macamtu la lebih kurang keadaannya. Lepastu kami jugak berpeluang naik bot, tapi masa kami naik bot tu, translator untuk bahasa Inggeris tak ada (fully booked katanya) jadi kami naik je bot yang tak ada translator english.
Bayangkan.... sepatah pun aku tak faham...so belasah je lah..hahaha



Bot akan dibawa mengelilingi tasik dan di tepi-tepi tasik tu dibina rumah-rumah tradisional. Setiap rumah pulak akan ada perkerja-pekerja yang berpakaian tradisi. Bila bot kami lalu je depan rumah diorang, maka diorang pun akan menari dan menyanyi la sampai la kami melepasi rumah mereka, mereka akan duduk rehat. Kalau ada bot lain lalu, mereka akan mengulang lagu dan tarian yang sama dan begitulah seterusnya. Senang kan keje diorang hehehe.

Bot juga akan masuk ke dalam sebuah gua dan keluar ke sebelah lain tasik. Pemandangan memang superb la. Dan ada jugak lakonan semula masyarakat orang asli China dilakonkan di tepi-tepi tasik. Memang best! Shangrila Park adalah destinasi wajib untuk dilawati kalau korang ke Yangshuo.

meh tgk gambar sekitar Shangrila Park 








Setelah selesai naik bot, kami menerjah beberapa ruangan pameran yang terdapat disitu. Rata-rata pameran adalah mengenai aktiviti harian masyarakat China dan sebagainya. Memang menarik la. Cukup beberapa jam kami di Shangrila Park, kami pon balik semula menunggu Bas untuk meneruskan perjalanan ke Guilin. Rasanya tambang dalam 10 Yues seorang.

Sebenarnya berlaku missed communication dalam hal ni... kami ingatkan Van yang membawa kami tadi akan menghantar  kami terus ke Guilin ..rupanya tidak... so kami kena naik BAS, nasib baiklah pemandu tu baik.. dan yang paling penting pandai berkomunikasi dalam BI.
Tak lama menunggu BAS membawa kami ke Guilin pun kelihatan, BAS ni jenis bas berhenti. sebab tu tambang murah. 

Kami tiba di Guilin pon dah petang masa tu. dan terus ke stesen keretapi Guilin... (Ni aku sambung cerita di Next Entry)

Ok nanti aku sambung lagi cerita di GUILIN pula. Tungguuuuu...

Bersambung...

No comments: