Sunday, 8 June 2014

CUTI-CUTI CHINA - GUILIN PART- 7 (GUILIN)


SAMBUNGAN DARI PART 6

Asalamualaikum...

I'am back....mcm yang aku janjikan.... ada free skit hari ni...aku nak habiskan juga catatan ni..biar jadi kenangan sampai bila2... maklumlah kehidupan ini...sangat indah kan? hehehe

Sampai saja kami terus ke stesen keretapi Guilin, untuk memeriksa tiket keretapi kami yang aku dah tempah 3 bulan sebelum tarikh penerbangan ke Guilin, kononya untuk memudahkan aku..di samping takut kehabisan tiket...Agak risau juga...kerana sepatutnya tiket tersebut sudah kami perolehi hari pertama kami sampai di Guilin... Namun tiket yang kami harapkan tak sampai. kerana sepatutnya kami akan berlepas ke Shenzhen pada

Berurusan di Stesen Keretapi Guilin sangat mudah... anda akan dilayan dengan sebaik2nya.. cuma yg menjadi masaalah sedikit ialah ruang komunikasi, di mana majoriti mereka tidak tahu berkomunikasi dalam Bahasa English...dan itu sangat menyukarkan kita untuk berkomunikasi antara 1 sama lain...Namun Alhamdulilah... hampir sejam jugalah untuk memberi penjelasan kepada kerani kaunter mengenai masaalah kami...

Akhirnya kami dicadangkan agar membeli tiket baru, namun sekiranya tiket yang kami booked melalui internet berjaya di hantar ke alamat yang kami berikan...duit pembelian tiket tersebut boleh di refund tanpa pembayaran apa2...

Stesen Keretapi Guilin. 
Nampak mcm Gudang membeli belah... Sebenarnya inilah Stesen Keretapi Guilin. Betul2 depan Jalan Utama  

Selesai urusan di Stesen Kereta Api (Kami akan bertolak ke Shenzhen pada 31.12.2013, menaiki Kereta api) Kami balik semula ke Wada Hostel.
Sesampainya di Wada Hostel Kerani Kaunter menyerahkan pos laju ... dan yang pasti Pos Laju berisi Tiket Keretapi... huhu... (Moral Of The Stor, kena yakin diri..hahaha)

Hari ini kami tak ke mana2... letih dalam perjalanan ke Guilin Masih Terasa... oo ye di sini aku sertakan Link untuk Nak Check Harga Tiket Train boleh rujuk di Link Ini



* Bagi pelancong Asing macam kita ni, kalau nak beli tiket Train ke Or Bas ke Make sure bawalah Pasport masing-masing. sebabnya dalam tiket nanti akan diletakkan detail pasport kita. Kalau nak beli tiket ke sesuatu destinasi beli lah awal..sebulan atau 2 bulan, Beli online pun mudah n senang..minta mereka hantar tiket tersebut ke Hotel penginapan anda. Rakyat China ni ramai..more then 1 billion. Pengangkutan keretapi ni merupakan pilihan yang sangat tinggi sama ada oleh penduduk China itu sendiri ataupun tourist...so buat pilihan yang tepat.

Meh layan gambar yang sempat saya rakam di Lensa Kamera..

Keadaan Jalanraya di Guilin. 




Ok dah...nanti sambung lagi...


No comments: