Sunday, 15 June 2014

CUTI-CUTI CHINA- GUILIN -PART 8 (Reed Flute Cave)



SAMBUNGAN DARI PART 7

Sedikit INFO mengenai Harga Tiket dan Bas, Actually nak ke Shenzhen boleh guna 2 kaedah perjalanan, sama ada nak naik train atau naik BAS. 

Perbandingan harga tiket keretapi dan bas
Keretapi hard seat        35 USD (215~220 CNY)
Keretapi hard sleeper   56 USD (~345 CNY)
Keretapi soft sleeper    95 USD  (~585 CNY)
Bas (sleeper)              220 CNY (~240 - 280 CNY sebelum tawar)

Nota : Perjalanan menggunakan keretapi adalah 14 jam, manakala bas 12 jam.



Memandangkan masa perjalanan yang panjang, pilihan yang terbaik adalah perjalanan malam dan kena lar ambil sleeper.. :D

Sebelum meneruskan perjalanan ...ke Shenzhen pada malam 31hb Disember 2013 jam 8.00 mlm  (Nampak gayanya sambut Tahun Baru kat Dalam Keretapi) se awal pagi aku dah bersedia untuk berjalan2 di sekitar tempat kami menginap, sebab aku tak explore lagi seluruh kawasan... Ini di antara tempat2 menarik yang aku sempat singgah....  (Layan Gambar dulu) 

Bergambar Depan Hostel Wada 

Depan Masuk ke Hostel Wada 


Hah ini pemandangan dipersekitaran tempat tinggal... 

setelah selesai bersarapan pagi di sini .... (Kami cuma minum coffee sahaja, tak berani nak makan lebih2 kat restoran segera KFC atau Mekdi kat sini)...



Motif aku ambik gambar ni pun aku x tau kenapa hehe..layan je lah 

Ok... selesai bersarapan ala kadar kami menaiki bas untuk ke Reed Flute Cave. Ha dengar nama pon dah tempting kan! Lokasi Reed Flute Cave ni agak jauh ke pinggir bandar, untuk ke sana kami menaiki local bus (Bas no 2 :Guilin Railway Station - Nan Menqiao Bridge - The Elephant Trunk Hill - Fubo Hill - The Reed Flute Cave ). Semua tu adalah lokasi tarikan pelancong atau tourist hotspots. (Ye memang tujuan aku nak cari tourist hotspot, bukan nak cari kelainan ketika mengembara). Nak tunggu bas ni, kami ke seberang jalan utama di hadapan stesen keretapi Guilin dan tunggu bas No. 2 kat situ. Sementara menunggu tu ada juga individu-individu yang akan cuba panggil kita untuk gunakan perkhidmatan bas mini diorang, kebiasaannya harganya agak mahal berbanding menaiki bas biasa. So kalau nak jimat, sila naik bas biasa je. Harga tambang bas biasa (normal bas) untuk ke Reed Flute Cave adalah 1 Yuan /seorang sahaja (lebih kurang RM 0.50 sen).

Ok perjalanan nak ke Reed Flute Cave ni lama jugak, lebih kurang 30-40 minit jugak la bergantung kepada keadaan jalanraya. Kalau jem, makanya lagi lambat la kot. Memandangkan masa kami pergi ni pon dah tgh masa lunch Hour macam tu,  maka keadaan jalan agak sesak juga la.

SEDIKIT INFO MENGENAI REED FLUTE CAVE-

NOTA: The Reed Flute Cave (Chinese: 芦笛岩; pinyin: Lúdí Yán) is a landmark and tourist attraction in Guilin, Guangxi, China.[1] It is a natural limestone cave with multicolored lighting and has been one of Guilin’s most interesting attractions for over 1200 years. It is over 180 million years old. The cave got its name from the type of reed growing outside, which can be made into melodious flutes. Reed Flute Cave is filled with a large number of stalactites, stalagmites and rock formations in weird and wonderful shapes. Inside, there are more than 70 inscriptions written in ink, which can be dated back as far as 792 AD in the Tang Dynasty. These aged inscriptions tell us that it has been an attraction in Guilin since ancient times.It was rediscovered in the 1940s by a group of refugees fleeing the Japanese troops.sumber Google








Sebenarnya kat sini kalau rajin mendaki kita boleh terus tengok Gua yang berwarna warni...memang cantik...(Dari apa yang aku lihat dari Blogger yang pernah ke sini.  Harga tiket  90 Yuan / seorang (RM 45). Mahal jugak weh! Aku rasa harga untuk orang local entah berapa sen aja gamaknya.  Tapi oleh sebab aku tak larat nak menempek kat anak tangga..so aku putuskan tak perlulah masuk kat situ... letih nak mendaki...

Komen Sahabat yang Pernah masuk ke sini " Dalam gua tu agak tersusun dan kemas dengan penambahbaikan terhadap laluan berbatu yang tersusun rapi serta pencahayaan yang menaikkan seri keadaan perhiasan di dalam gua yang besar tu. Kalau nak ikutkan kata Tansree Coco, luas dalam gua ni lebih luas dari keluasan Gua Niah? Betul ke? Aku tak pernah sampai Gua Niah so tak dapat nak membandingkan. Tapi sumpah, ini adalah antara gua yang tercantik yang pernah aku tengok. Kalaulah Gua Tempurung tu boleh sampai tahap pengurusan macam ni kan bagus? Mungkin boleh difikirkan oleh MOTour. "Baca kat sini >>>>  janggeltrekkig Blog


Batu Yang Berwarna-Warna dalam Gua
Kredit To:  Janggel Trakker Blog 

Kami pun meneruskan perjalanan... Nak tengok Pagoda... Jom layan Gambar 







MAP SNAGAT PENTING 

Kami x sempat masuk ke sini..sebab nak jimatkan masa... so ambik gambar kat luar saja...



Sampai sini dulu...nanti aku sambung story pasal perjalanan ke Shenzhen...

No comments: