Thursday, 30 July 2015

NATIONAL STROKE ASSOCIATION OF MALAYSIA-NASAM (PART 1)

Hari ni akak nak cerita mengenai NASAM..(National Stroke Association Of Malaysia)..macam mana akak tau pasal NASAM..meh sini akak story dari A-Z...akak harap perkongsian ini dapat membantu saudara mara, sahabat2 di luar sana yang mempunyai keluarga atau sahabat2 yang terkena penyakit STROKE atau ANGIN AHMAR... BACA DI SINI

APA ITU STROKE atau ANGIN AHMAR

"HAEMORRHAGIC STROKE DAN ISCHAEMIC STROKE."


Ada dua jenis stroke iaitu "ischaemis stroke" dan "haemorrhagic stroke". Ischaemic berlaku bila saluran arteri yang membekalkan darah beroksigen ke tisu otak tersumbat oleh darah beku (trombus) atau serpihan lemak (embolus). Stroke jenis ini lebih kerap terjadi berbanding jenis haemorrhagic.Stroke jenis haemorrhagic atau pendarahan terjadi bila salur darah pecah di dalam otak. Kedua-dua jenis situasi ini menyebabkan kurang oksigen kepada tisu otak yang menyebabkan stroke.

(Sumber : http://www.drhasbi.com/2013/07/apa-itu-stroke-atau-angin-ahmar.html)

Bila abah akak terkena penyakit ANGIN AHMAR disebabkan Oksigen tidak sampai ke Otak (Ishaemis Stroke) BACA DI SINI  akak buntu...tapi akak gagahi juga sebab akak tak mau tengok abah terus baring di atas katil...sesuatu mesti akak lakukan...Syukurlah para Doktor yang merawat abah akak banyak membantu sehingga akak dapat mengenali tempat ini NASAM.

NASAM ialah PUSAT MEMBANTU MANGSA STROKE UNTUK MENDAPATKAN SEMULA FUNGSI ANGGOTA BADAN YANG LUMPUH DAN JUGA MEMULIHKAN KEYAKINAN DIRI MEREKA DAN MEMBERIKAN HARAPAN YANG TERDAPAT KEHIDUPAN SELEPAS STROKE.  mengenai NASAM rujuk DI SINI

Ini cerita akak macam mana bermulanya akak kenal NASAM....

17.1.2015 saya tak akan lupa tarikh itu sampai bila-bila. Permulaan abah sakit selepas balik dari Kursus Haji bersama akak dan mak.
Abah dah berkali ingatkan akak tentang kursus Haji tersebut...akak seperti biasa katakan okay pa...nanti sampai masa akak kosongkan jadual..(mmg masa tu busy giler dengan kerja)

MAK N ABAH...CERIA JE...

Sampai tarikh tersebut ...akak bawa mak dan abah pergi kursus yang bertempat di Masjid Negeri Sabah. itupun kami lewat sampai...tapi tak apa yang penting sampai dan nama kami pun didaftarkan.
Kursus bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.
Masing-masing fokus pada kursus...tapi akak dah perasan abah dah lain macam. Sebenarnya abah dah sakit seminggu demam dan tak cukup tidur.
Tapi pagi tu abah gagahi juga diri untuk hadir walaupun tak sihat,

JADUAL KURSUS HAJI

Sehabis kursus akak pergi tempat parking kereta..nak hidupkan enjin kereta nak bagi kereta sejuk supaya mak dan abah tak rasa panas. Masuk dalam kereta semnetara tunggu mak ..dari jauh akak lihat abah dah nak jatuh. Akak keluar..tanya mak..mak kata okay..abah pun kata okay...
Dalam hati akak risau tengok keadaan abah. Tanya abah nak ke Hospital tak? Abah kata tak perlu...abah kata dia cuma nak rehat n tidor bila sampai rumah, 

Masuk dalam kereta abah diam..tapi nampak abah lemas dan tak ada mood nak bercakap sedang akak dan mak rancak bercakap abah senyap.
Akak tak puas hati..akak kejutkan abah tapi suara abah mcm dengar dengar tidak sahaja.

Sempat lagi akak ajak mak abah singgah ke pasar tapi mak n abah dok dalam kereta je ...akak je sorg pergi masuk kat pasar.
Balik tu mak ajak singgah rumah adik..so akak pun singgah le rumah adik..masa abah nak keluar abah macam nak jatuh... akak n adik berpandangan...adik kata baik akak bawa abah ke hospital..sebab tgk abah lain macam saja...

Akak suh mak masuk kereta...bawa abah p hospital.time tu pun akak berbelah bagi nak bawa ke hospital swasta atau kerajaan...last2 akak putuskan elok bawa ke bahagian kecemasan di Hospital kerajaan yang tak jauh dari rumah kami, 
Abah akak tengok dah tak sedar apa since masuk dalam kereta... akak lagi panik...tapi akak kontrol sebab tak nak mak susah hati..Akak nampak muka mak dah berubah bila tgk abah...tapi akak tau mak pun sama kontrol mcm akak..tak mau susah hati...Akak rasa masa drive kereta tu akak tak tau dah speed akak berapa...akak dah tak boleh fikir... buntu...bingung...Ya Allah akak tak putus berdoa minta Allah lindungi abah sepanjang perjalan...Akak cakap dalam Hati Allah kami sayang abah...kami nak abah sihat..... akak nak nangis...tapi akak takut mak ...akak takut mak hilang keyakinan..akak takut mak susah hati...serius rasa macam nak pecah dada tahan nagis tgk keadaan abah...Allah sahaja tau....


BARANG-BARANG ABAH 

Sampai hospital...petugas kecemasan bantu kami..bawa abah masuk dalam bilik..abah dah tak sedar...lagi akak panik... akak nak nangis..tapi mak mcm mana?....
Dr bawa abah masuk dalam dan suh kami tunggu kat luar... akak genggam tangan mak...Mak..Abah okay..kata akak... Mak angguk tapi akak tau jauh disudut hati mak ..mak risau...mak tenang...tapi galau dihati mak siapa tau kan....Akak tak putus berdoa...sesekali akak lemparkan pandangan jauh...nak nangis...akak tak nak mak nampak...

Kami dikunjungi oleh YB Adun N 12 Karambunai Datuk Hajjah Jainab DSP Hj Ahmad Ayed dan rombongan.(Yang juga merupakan kawan-kawan Mak). (Terima Kasih YB) kebetulan dalam rombongan tersebut semuanya saya kenal... Akhirnya terlerai juga tangisan yang terbuku dihati bila akak dipeluk oleh salah seorang kawan2 mak.. Akak tak boleh tahan... akak sedih... 
Kami dikunjungi oleh sahabat2 dan saudara mara abah dan mak yang tak putus2 memberikan sokongan... Terima Kasih...Terima Kasih banyak2...semua yang datang tak putus2 mendoakan kesihatan abah...

Hampir 4 jam kami berada di luar bilik kecemasan..Dr datang dan memaklumkan hasil scan didapati Oksigen tidak sampai ke Otak abah..sebab tu abah jadi mcm tu... semasa Dr maklumkan hasil scan, bacaan High blood abah tinggi kalau tak silap 190. sebab tu abah jadi macam tu.. Abah masih tak sedar... Dr sarankan abah dihantar ke Hospital Queen 2 untuk pemantauan seterusnya...

Aduh...sesak dada bila dengar apa yang Dr cakapkan..tapi akak tau akak kena kuat..demi mak dan adik2..akak anak sulung akak kena kuat..akak tak boleh nangis...akak kena sabar..akak x boleh lemah depan adik2...akak ada Allah...akak pesan kat adik2...doakan abah...supaya abah cepat sedar...akak bgtau adik2..jgn sedih2 depan mak..jgn nangis...kita kena sabar..kita kena kuat demi mak..jgn bagi mak hilang keyakinan...

"Ya Allah...Sembuhkan Abah seperti Biasa...kuatkan aku untuk hadapi Dugaan ini" 

Doa ini tidak putus dari bibir akak....akak mau abah sembuh.. akak mau abah sihat..akak mau abah macam dulu....





No comments: