Friday, 31 July 2015

NATIONAL STROKE ASSOCIATION OF MALAYSIA-NASAM (PART 2)


Akak sambung cerita semalam... 

Hampir 4 jam kami menunggu ....apa keputusan Doktor yang merawat abah akak... kami semua tak putus berdoa agar abah sihat dan pulang ke rumah...
Mak, adik2...kelihatan sangat sugul..kami masih menyimpan harapan abah dapat pulang... akak tak mau abah duduk hospital...abah mesti sihat..sesekali akak menjenguk abah ke dalam..alhamdulilah kakitangan dan petugas hospital kecemasan di Likas memberi kerjasama yang sangat baik..mereka faham kerisauan kami...sesekali kami dibenarkan menjenguk bergilir2 tgk abah...

Setelah 4 jam menunggu akhirnya Doktor yang merawat abah maklumkan agar abah dihantar untuk mendapat rawatan  di Hospital Queen 2. Akak redha..tengok mak akak sedih..mak menangis.. akak tau hati mak seribu satu mcm perasaan yang bersarang...akak kena kuat... akak tak mau mak tgk akak sedih... akhirnya setelah berbincang adik beradik sebagai anak sulung mak letakkan sepenuh kepercayaan utk akak buat keputusan.. aduh!!! part ni akak sangat2 takut.. tapi ialah sebagai anak sulung akak kena bertanggungjawab....akak pasrah kalau itu yang terbaik untuk abah...akak redha...akak bg tau mak..biarlah abah dirawat di sana...Insyallah semua akan okay...

Akak minta adik akak yang No 3 utk ikut kereta Ambulance untuk sama2 iring abah ke sana..sementara akak dan adik beradik lain memandu dan terus ke sana. ... 
...........................................................................................................................................................
Abah diletakkan di bawah pengawasan Kecemasan di Hospital Queen 2, tujuannya adalah untuk Doktor memantau tentang keadaan abah...Scan terpaksa dilakukan untuk mengetahui keadaan sebenar, Abah tak sedar lagi... risau dihati Allah sahaja yang tau...Akak sesekali masuk jenguk abah. Mak pun..adik2 yang lain pun mcm tu.. Kejutkan abah ..walaupun abah sedar tapi abah masih tak mampu nak berkomunikasi dengan baik..mudah cerita abah dengar apa kami cakap..tapi abah cukup lemah untuk bertindak balas. Akak tanya Dr kenapa n sebab apa abah jadi mcm tu...
Dr kata kemungkinan abah terkena stroke tapi sejauh mana stroke abah Dr tak tau lagi ...kena tunggu scan yang diorg akan buat.. 

Esok 18hb Jan..akak kena pergi kursus..2 minggu.. (KURUSU KOMUNIKASI STRATEGIK) rasa serba salah pun ada...Boss dah pilih akak...bukan senang nak hadir kursus ni... akak jadi serba salah dan buntu..nak pergi takut jadi apa2... akak cakap dengan mak... tanya pandangan mak..mak kata pergilah..aduiiii...akak nak mak kata jangan...munkin mak faham situasi akak.....(AKAK MMG BUNTU)....

Kiranya malam ini abah hanya diletakkan dibilik ini untuk melihat keadaan kondisi kesihatatn abah..namun akak bersyukur saudara mara dan sahabat tidak putus2 memberi doa dan berkunjung ingin melihat keadaan abah..dan sebagai anak sulung akak ingin sampaikan ucapan Terima Kasih kami sekeluarga kerana doa dan kunjungan yang tidak putus di saat kami ditimpa musibah. 

.........................................................................................................................................................
mizz tiny
KUNJUNGAN PENGARAH JASA SABAH TUAN HAJI ABDUL MANAP BERSAMA ROMBONGAN JASA
( sumber : FB Tuan Haji Abdul Manap Lakariba.


MIZZ TINY
KUNJUNGAN WANITA UMNO SEPANGGAR
(Sumber: FB Cik Latifah Mudin)
............................................................................................................................................................
Esoknya akak fly juga... tapi hati akak mcm berlibang libu..sebak..mcm2 hal..dalam fikiran akak...
akhirnya... sesampai akak di tempat Kursus IFFTAR Kuala Lumpur..akak call Pengarah..minta izin balik..akak risau keadaan abah... Alhamdulilah Pengarah bagi kebenaran akak balik...(Terima Kasih Boss sebab faham situasi akak..Boss suh akak maklumkan pada TKP..sebab TKP tak suka kalau dah dihantar kursus tapi tak datang..membazir... lagipun ianya melibatkan kewangan jabatan..akak faham sangat)...akak call Timbalan Ketua Pengarah... ..maklumkan keadaan abah akak...Akak nak balik..akak nak ada dengan keluarga saat2 ini....(siap nangis2 lagi) .... Alhamdulilah TKP akak pun faham...Datuk suruh akak balik... datuk doakan abah akak sihat semula...Ya Allah...macam nak pecah jantung bila kedua2 boss akak benarkan akak balik... Akak bersyukur sangat dapat BOSS yang baik hati dan memahami... "benar kata orang..bila kita selalu mudahkan kerja org..satu hari nanti org pun akan mudahkan kerja kita....lepas call boss tu ...dan tu juga akak tarik beg..panggil MY TEKSI...minta hantar terus ke Airport... (Dalam hati akak kalau ada rezeki pergi kursus ni adalah...akak doa jaklah mudah2an nama akak naik lagi utk pergi kursus KKS tu...) 
................................................................................................................................................................
SAKIT2 PUN ABAH NAK TAU PERKEMBANGAN SEMASA...

Hasil scan mendapati abah kena stroke, Kesanya abah tak boleh makan dan minum seperti biasa..Otak sebelah kanan abah tak dapat bekalan oksigen yang menyebabkan abah tak boleh makan, bercakap dan berjalan.. Abah hanya boleh minum susu Khas menggunakan hos kecil yang dimasukkan ke dalam hidung abah. Aduh...sekali lagi kami menerima khabar ini sebagai satu dugaan...Tapi akak yakinkan mak bahawa semuanya akan okay...Allah nak abah rehat...kata akak kepada mak dan adik2...Dr juga maklumkan emosi abah akan terganggu disebabkan perkara ini..so kami semua kena bersedia dari segi fizikal dan mental untuk sama2 memberi sokongan kepada abah.Akak cakap pada mak dan adik2 jgn kalah...kita kena bagi abah sokongan agar abah terus kuat dan abah bersabar dengan dugaan ini... cucu abah menjadi penawar...bila masa abah sedar dan membuka mata...akak, mak dan adik2...cuba berlagak setenang dan setabah yang mungkin..walau kdg2 kami tewas...bila melihat abah menangis...kami selalu katakan pada abah..ini ujian Allah..Allah sayang abah..sebab sayang Allah uji abah..so abah kena redha..dan banyak2 bersabar...AKAK kena kuat...demi Mak dan adik2... walau jauh disudut hati akak...Ya Allah....akak perlukan kekuatan.... pada suami akak curahkan rasa hati..akak curahkan segalanya...dibahu suami akak sandarkan kekuatan...Alhamdulilah...akak bersyukur kerana mempunyai suami yang cukup memahami...
Allah uji akak..uji keluarga akak... kami saling sokong menyokong antara satu sama lain...kami saling meluah rasa hati ...kami cuba berlagak setenang dan setabah yang mungkin...untuk Mak...
Adik beradik akak masing2 mengambil peranan.... ada yg shif malam jaga abah...shif pagi mak ditemani adik beradik ...akak kdg2 temankan mak..kdg2 petang akak sampai...kalau ada perkara penting seharianlah akak dihospital temankan mak...kami adik beradik 9 org..alhamdulilah..adik2 beradik dan ipar2 akak...semuanya memberi kerjasama yang sangat baik... Kami tak benarkan mak seorg diri temankan abah..mesti salah sorg ikut sama2 mak temankan abah...

Nanti akak sambung lagi ye....



No comments: