Thursday, 27 October 2016

DAY 1 - CUTI-CUTI KRABI THAILAND OKTOBER 2016

20hb.10.2016 flight ke KK-KL, 10.55 AM dan di jangga tiba di KLIA2 pada jam 01.25PM 

AIRPORT KK SABAH..MUKA HAPPY TAK SABAR MAU FLY HAHAHA
Flight seterusnya ke KRABI ialah pada jam 4.00 pm dan di jangga tiba di Krabi Thailand pada jam 4.40pm..tapi flight kami ada sedikit kerosakan dan delay sehingga 2 jam. Flight kami berlepas pada jam 6.30pm waktu Malaysia dan dijanggka tiba pada jam 7.30pm waktu Thailand. 

Yehaaaaa.... Ready to Fly....KRABI TUNGGU KAMI DATANG...

Penat jangan cerita tapi HATI dah excited sangat mau sampai p Krabi..almaklumlah percutian ini kami rancang pada awal tahun 2016 ..GIGIH MENGUMPUL USIN , nya kawan2... sebenarnya dalam percutian ini ada sahabat2 yg hampir tak dapat turut serta ...kerana ada urusan tertentu...namun doa2 yg tak putus2 akhirnya cukup 9 orang dapat pergi ke krabi... ntah..sukar hendak gambarkan perasaan tapi yang pasti semua tak sabar nak ke sana.. Actually ni percutian aku yang ke dua ke Krabi... sukar utk aku gambarkan kenapa aku suka ke Krabi...yang pasti Pantai...pasir yang betul2 mengamit aku utk ke sana buat kali ke dua... kali ini aleesya n abah tak ikut,,, travel kali ni semuanya girls okay....hahahaha 

KAMI DAH SAMPAI KRABI YEHAAAAAAAA 

INI PEMANDU PELANCONG KAMI..NAMA DIA WAN....  
Sesampai di Airport perkara sangat PENTING ialah Sim Kad atau Internet Plan...hahaha ...giler tak tukar Sim Kad..OK ..aku cadangkan kalau korang jenis mmg GILER2 pakai Internet baiklah guna ini. Unlimited..Memandangkan aku 6 Hari kat Krabi..so aku guna Data ini... mmg puas Hati..4G okay...

UNLIMITED.. LAUT..DARAT SEMUA COVER 

Lupa nak ambik gambar depan Hostel...OKAY ...saya nak bagi tau...Hostel Ao Nang For Backpackers kedudukan nyer terletak berdekatan Family Mart yang bersebelahan dengan kedai Kaca Mata. Kedudukan yang sangat strategik berdekatan mart, ada money Changers dan senang utk mendapatkan kemudahan Tuk2..atau Teksi. Sekiranya anda dari Airport maklumkan saja kepada pemandu teksi yang anda ingin ke sini...mereka senang nak cari. lagi satu kawasan ini merupakan kawasan tumpuan backpackers atau tempat percutian.  

SHARE DARI EN GOOGLE  

DULU NAMA IRISH ROVER SEKARANG Hostel Ao Nang For Backpackers
Anda akan dilayan sebaik yang mungkin oleh Staff Mereka.  

Okaylah ...bila dah sampai perut pula terasa lapar. Cuaca masa kitaorg sampai tu..hujan renyai2... perut perlu di isi... nah apa lagi...JALAN2 CARI MAKAN... o ya tidak susah nak cari makan di Krabi ni... Mostly Restoran kebanyakkannya HALALAN TOYIBAN... mana2 je pergi mmg anda TANDA HALAL tak susah nak cari...tak seperti Phi-Phi dan Phuket... pHI2 dan Phuket ada tempat2 tertentu Restoran Halal (Nanti saya Kongsikan di entry lain)

Bestnya restoran di Aonang Krabi ni kebanyakkan Restoran dan Hostel ke Hotel ke disediakan WIFI...so nak berwifi jangan risau... 
SEMPAT SENYUM BAH ..WALAUPUN PERUT TENGAH LAPAR HAHAHA 

TOMYAM ORI FROM THAILAND YG AKAK TUNGGU2 
aku p thailand ni sebab aku nak rasa tomyam Ori dari thailand ...sedap..rugi kalau dah sampai sini kau tak merasa Tomyam mereka...mcm2 rupa tomyam di sini...jernih..pekat tapi mmg sedap...tak kedekut isi... hehehe... 
OKAY Aku stop sampai sini...esok aku sambung DAY 2 apa aktiviti kami ...Feel Free kalau ada sebarang pertanyaan.. just email saja ... pasal bajet Krabi Thailand 6 Hari ni boleh rujuk di sini  BAJET DAN ITINERARY KRABI THAILAND OKTOBER 2016 (20-25.10.2016)

Okay Bebeh...see you.. 

No comments: