Saturday, 29 October 2016

DAY 2 - CUTI-CUTI KRABI THAILAND OKTOBER 2016


SELFIE WAJIB SEBELUM BERTOLAK 
Ok ...Seawal pagi kami dah bersiap...sebab Hostel tak sediakan bfast kami ..lagi satu untuk makluman awal pagi tak ada restoran yang buka utk bersarapan di sini...so kami putuskan utk bersarapan dekat dengan area masjid di Aonang ni juga. Transport ke sini dikenakan sebanyak 30bath (RM3.58) utk sehala so kalau nak return kena sediakan 60 Bath dan mereka akan ambil kita semula selepas bersarapan. Aku lupa nak ambik gambar .tempat bfast ni..tapi yang pasti rasanya yang ambik backpackers akan bersarapan di sini..yang bestnya bfast kat sini bubur dia...sedap ...Roti Telor cicah kari mmg mambles...korang cuba pasti tak rugi...tapi yang pasti bila aku bfast tak lari harga 90 bath (Bubur Telor Ayam Goreng, Roti Telor dan Thai Red Tea) KENYANG hahahahaha... Ok jom aku nak story Hari ke dua kami....
NAIK TUK2 PUN MAU SELFIE..TUK2 NI BOLEH MUAT SAMPAI 5 ORG, hehehe 
MOTIF GAMBAR NI AKU AMBIK PUN AKU TAK TAU HAHAHAHA
Hari ke dua.. Kami hoping island. Pakej ini aku ambik masa kat KK lagi...rasanya mcm 6 bulan sebelum ke Krabi, Kalau ikut ..aku nak ambik pakej2 ni masa dah sampai krabi...tapi dah company ni aku tgk pakej yg dia offer baik, murah dan berpatutan dan lagipun aku bawa mak2 n anak2 org...yg ada pertama kali ke Luar Negara so aku tak berani nak tanggung risiko...Keselamatan dan keselesaan kawan2 jadi keutamaan aku ...so aku ambik keputusan utk ambik pakej ni bersesuaian kemampuan dan keselesaan kami.Kawan2 yang perlukan perkhidmatan boleh rujuk Web ini...mereka yg berpengalaman akan membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik utk anda....

Andaman Web Holdings Co., Ltd.
443 Moo 1, Tambon Aonang, Amphur Muang, Krabi 81180, Thailand
(Thailand: +66 82 278 5260, Australia: +61 2 8011 3299, UK: +44 208 123 7850 | + 66 75 637 669
| karuna@asiareservations.net | www.asiareservations.net 
Tourism Authority of Thailand (TAT) License Number 34/00546
Pacific Asia Travel Association Membership Number 566122

O ya pakej kami ini meliputi lunch, Insurans, transport Return (Hotel ke Tpt Kapal Berkumpul)
Trip ni kami guna kapal ikan org katalah... saja aku ambik pengalaman naik kapal ikan ni utk kawan2 aku rasa.. Trip hoping island ini meliputi..

LONG TAILS BOAT 

1.Koh Poda
2.Koh Gai (Chiken Island)-
3.Koh Tub
4. Koh Mor
(TERMASUK) Hotel Transfer, Aonang ,Krabi Town ,Insurance,Tour Guide, Mask, Snorkel and Life Jacket , Lunch , Fresh Fruit & Drinking water

YEHA....KRABI KAMI DATANG 
NAH...INI KAMI DALAM BOAT 
Perjalanan menaiki boat ini agak mencabar disebabkan angin dan ombak yang kuat. Agak takut juga tapi..menyeronokkan..

SAFETY JACKET KENA PAKAI OKAY

Pemakaian safety Jacket sangat dititik beratkan. WAJIB .pakai.. dan wajib pakai dengan betul..
Perjalanan hoping Island ni mengambil masa sampai jam 4.00pm...Lunch turut disediakan. Mineral water dan buah2an juga disediakan. Tapi nasihat aku baik korang bawa mineral water masa nak bertolak sebab mereka hanya sediakan mineral water masa dekat2 korang nak balik. Tapi Jangan risau...disetiap perhentian pulau ada gerai2 kecil menjual minuman yang dijual dalam 10bath .
Island hoping ini berakhir jam 4.00 pm dan sampai ke hostel dalam jam 5.30 lbh kurang..
Masa ni perut jgn cerita lapar giler...tapi jgn risau mcm2 dijual dekat2 hostel kami tinggal, banana pancake, manggo pancake... mmg sesuai di makan masa sampai dari hoping island...hahaha

Okay saya belanja gambar2 kami sepanjang hoping island hari ke dua...




LAMA TAK MAKAN SANTAI2 KAT TEPI PANTAI HAHAHAHA


VIEW YG SANGAT CANTIK...

okay ...keseluruhan nya trip ni mmg best...sesekali bertravel dgn kwn2 mmg owsome...Nanti saya sambung Day 3 kami di Krabi...

"TANPA KEBERANIAN MIMPI TIDAK BERMAKNA" kalau kau takut mcm mana pun ko kena berani...kalau tak sampai bila2 ko tak merasa mcm mana bestnya bersnokling...Hahahaha

Akak....I'am TINEY..
Catatan Krabi Thailand
20-26.10.2016

No comments: