Tuesday, 1 November 2016

DAY 3 - CUTI-CUTI KRABI THAILAND OKTOBER 2016


Day 3- Krabi Thailand
DAY 3


Day 3 ni ...masih lagi aktiviti Hoping Island..Tapi kami naik Speed Boat ..nak tau bayaran boleh rujuk dekat CUTI-CUTI KRABI THAILAND
Cuaca masa ni agak mengecewakan aku skit...Hujan, angin dan agak sejuk. Takut juga aktiviti hari ini dibatalkan...tapi aku doa2 dalam hati agar semuanya baik2 saja...

-Bamboo Island,
-Gua Vikin, 
-Lohsamah Bay, 
-Pileh Bay, 
-Maya Bay, 
-Pantai Monyet, 
-Phi Phi Don. 
(TERMASUK) (Hotel Transfers,Insurance,Tour Guide,Mask, Snorkel and life Jacket ,Lunch Buffet at Restuarant at Phi Phi, Fruits & Drinking water
KENDERAAN KAMI UTK KE JETI 

PENGALAMAN YG KAU TAK AKAN DAPAT ...
*pstttt ... aku GIGIH nak siapkan story ni sebab khamis ni 3hb.11.2016 aku nak travel lagi...ahahak...sepatutnya plan nak Travel ni masa bulan 4 hari tu...tapi aku ada kerja di Sarawak maka semuanya TERBATAL...FRUST GILER ...huhuh..so aku decide utk bawa mak n bapa bulan 11 ke ?????? itu nanti aku kongsikan ...

Okay...Hoping island hari ke 3 melibatkan 7 buah pulau. sebenarnya aku nak story skit... walaupun naik speed boat ni acah2 mcm cuti2 orang kaya (hahahaha konon lah) tapi bila kau duduk paling depan masa ombak kuat..tetap juga pinggang kau sakit macam nak patah...(taubat aku tak mau dah duduk depan ni) tu lah aku cuma nak bgtau kalau kau jenis tak kuat semangat, tak gigih, tak kuat ..baik kau tak payah duduk depan masa ombak kuat..duduk lah kat dalam ...kang tak pasal2 melambung tercampak kat laut.

Giler sakit pinggang masa boat meluncur laju ombak kuat... rasa mcm aku nak merangkak masuk kat dalam...tapi aku tabik spring dgn travel partner aku Wan, Gayah, Nisa dan Noraini sangat gigih. bertahan wlupun takut (aku tau kamu takut) aku pun sama...huhuh....

AMBIK PELUANG GAMBAR KAT SINI HEHEHE

ni Gambar kat dalam Speed boat nampak selesa dan luas. Life Jacket di sertakan sekali.  

Pemandangan Luar Speed Boat. Jangan lah duduk kat depan muncung tu kalau rasa takut ...mmg rasa tak selesa nanti lagi2 kalau ombak kuat. 

Sebenarnya kita ada pilihan, kalau hoping island tu nak naik speedboat utk 2 hari boleh saja, tapi bayaran pakej speedboat ni agak mahal skit, tapi memang berbaloi. dengan tempat yang luas dan selesa dan makan pun agak sedap..Tapi naik Long Tails Boat pun makanan agak selesa cuma ruang dalam boat tak selesa kerana ramai.

Dalam aktiviti hari ke 3 ni ..aku agak frust skit sebab kami tak dapat pergi ke Maya Bay disebabkan keadaan cuaca dan ombak tak mengizinkan. Jurukapten kapal memaklumkan pembatalan ke pulau Maya ..ermmmm nak buat macam mana kan... demi keselamatan terpaksa follow...

Sedikit mengenai Maya Bay atau Ko Phi Phi Island Ko_Phi_Phi_Le

"Ko Phi Phi Le is the second largest island of the archipelago, the largest one being Ko Phi Phi Don. The island consists of a ring of steep limestone hills surrounding two shallow bays, Maya Bay and Loh SamahMaya Bay cannot be accessed directly from the sea via boat, due to shallow waters and coral. Therefore, boats must anchor at the deeper Loh Samah, requiring people to walk through a short section of rocks and jungle to reach Maya Bay itself. There is also one large shallow fjord like inlet called Pi Ley with a small coral reef at the entrance." baca seterusnya dekat link kat atas. 

NI GAMBAR KAT MAYA ISLAND..KO RANG GOOGLE LAH LAGI..MMG CANTIK TEMPAT NI... LAGI2 CUACA ELOK..MMG TAK MAU BALIK RASANYA... AKU PINJAM GAMBAR NI DARI GOOGLE... 
aku pujuk je hati tak apa next time datang lagi hahahaha

Aktiviti hari ni pun ada snorkling..stay2 tepi pantai..nak mandi pun boleh.. biasanya mereka akan bagi masa sejam ...kami singgah utk makan (lunch) ni dah masuk sekali dalam pakej. Makanan mmg berbaloi.

PART TOMYAM SEAFOOD MMG BERBALOI...kat sini nak minum Kopi dan Teh FREE ye... minum Kopi pun sedap. 
HIDANGAN TU...

Gambar sepanjang Hoping Island ni akan aku kongsikan diakhir cerita ya...

PHI PHI DON... 
okay... Aktiviti hoping island berakhir pada jam 4.00 petang.. tapi aktiviti kami tidak berakhir di sini. aktiviti sebelah malam pula ialah kami mau ke Night Market di Bandar Krabi. Actually nak p night market ni tak ada plan..tapi cik gayah kita nak ke sana so aku putuskan utk mencari kenderaan agar ke 9 orang kami dapat muat dalam satu kereta.

Terjumpa abg driver ni dengan tambang Bath 150 (return) seorang. so kami minta kami ambik dalam jam 6.30 pm waktu krabi. O ya utk makluman korang yang nak p night market di krabi ni.. Hari night Market hanya jumaat-ahad. Jualan kat sini mcm dekat aonang juga ..dekat pantai... so kalau rasa nak merasa jln2 kat sini boleh pilih antara hari yang aku bgtau . Kami di jemput dalam jam 6.30 pm dan balik pada jam 9.00 malam. Cukuplah 2 jam nak bershoping... hahaha

Okaylah aku stop sini dulu..nanti aku sambung balik aktiviti Day 4....









CUKUP UTK 9 ORANG hehehe 

Selamat Membaca... :)

No comments: