Tuesday, 20 December 2016

PLAN TRIP BEIJING CHINA DIS 2016

Hai...

Okay kali ini akan saya nak share plan trip ke Beijing yang saya dah siap buatkan ittenary perjalanan termasuk Hotel Penginapan.

Trip Beijing ni sebenarnya saya rancang baru saja lebih kurang 3 bulan lepas sewaktu Plan ke Busan Korea tak jadi... so hopefully plan kali ini jadi dan misi utk sampai ke Great Wall Tercapai.
Saya dah lama menyimpan hasrat utk ke Beijing. Pada tahun 2012 pernah lah plan nak ke sana tapi sebab2 yang tidak dapat dielakkan Trip tersebut batal dan tiket pun turut Burn.

Sebelum memulakan perjalanan ada perkara penting yang perlu diberi perhatian.  Untuk memasuki China kita perlu memohon VISA. kalau tidak confirm kita akan menangis tak berlagu kat airport sebab tak boleh fly.
Di sabah utk memohon VISA kita boleh pergi sendiri ke Kedutaan China di ALAMAT:

Palm Court, Lot 10, No 3, VIP Lot, 
Lorong Pokok Palma Rajah & Jalan Lintas, 
Taman Ria 1, 88450 Kota Kinabalu, Sabah

(Tempat ni agak susah nak cari kalau sekadar tengok alamat, jadi saya cadangkan kau google guna MAP untuk ke tempat ni..kalau kau tgk alamat saja confirm tak jumpa, jadi pakailah map) 


Tapi kalau kau malas nak ke sana ..kau minta je travel Agensi kat KK utk uruskan VISA kau tu. Tapi kau kena bayarlah. Bayaran utk proses VISA melalui Travel Agensi berbeza setiap agensi. Kalau nasib kau baik kau akan dapat yang murah. kena rajin cari dan bertanya. Ada juga travel agensi tidak menyediakan perkhidmatan membuat VISA ni...so mcm saya katakan tadi kena rajin cari.

Okay part saya VISA kami saya minta travel agensi yang buatkan. Saya memilih Travel Agensi Popular Express yang beralamat di

33, Jalan Tugu, Kampung Air,
Locked Bag 16,
88990 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.


http://www.popularexpress.com.my/contact.php

Sedikit maklumat ya.. nak buat VISA pasport mesti ada. so kau jangan buat VISA tak ada pasport mmg tak dilayanlah jwb nya hahaha. Jadi pastikan kau datang ke Kedutaan / Travel Agensi membawa Pasport kau yang tempoh tamat dia lama lagi. Pastikan TARIKH TAMAT PASPORT kau MASA NAK BUAT VISA tu dalam 6 atau 7 bulan.  Kalau bulan depan dah Tamat diorg tak akan buatkan... Kau ingat tu..hehehe.. Bawa 2 keping gambar dan kalau kau bawa anak masa nak travel tu sila bawa copy sijil Lahir Anak dan sijil nikah. dan paling penting sediakan duit lah ...

Lagi satu saya nak maklumkan... kalau kau pertama kali buat pasport n nak buat VISA utk fly ke china tak ada masaalah. tapi kalau kau nak ke china pasport kau tu pasport yang dah dua kali atau dah berkali2 tukar sebab tarikh tamat kau kena bawa semua pasport kau tu ..kalau ada 10 bawalah sepuluh2 tu sekali. sebab mereka hanya proses VISA kau tu di negeri kau sendiri ..tapi kalau kau tak bawa pasport2 asal kau yg tamat tempoh tu diorg akan hantar ke KL utk proses.

Sebenarnya nak proses kat negeri asal (Untuk negeri yang ada kedutaan china) tak lama dalam seminggu saja. tapi kalau kena hantar ke KL utk proses kena ambik masa 2 minggu,
So saya nasihatkan buatlah 3/2 bulan dari tarikh nak berangkat. jadi kau tak risau kalau VISA kau lambat siap.
(JADI KAU KENA SIMPAN SEMUA PASPORT KAU YG TAMAT TEMPOH, BUKAN DIBUANG OKAY)

untuk VISA yang kau buat sendiri ke Kedutaan SAYA tak ingat berapa bayaran tapi bawah RM50 seorang. Kalau kau travel dalam 10 orang kau kali lah dengan RM50 berapa?

 Utk proses Visa kami.. Aleesya hanya dibuat di KK Sabah dengan bayaran RM 60 sebab Pasport aleesya yamg lama dan baru ada saya simpan. Utk aku dan En Suami, agensi hantar ke Kedutaan China di KL utk proses sebab pasport lama aku tak tau letak mana. Bayaran yang kami dikenakan ialah sebanyak RM130.00 seorang.

Setiap kali TRIP saya akan membuat Ittenary utk memudahkan saya melihat aktiviti dan keperluan2 lain yang penting. Ittenary ini penting bagi mereka yang bercuti tanpa guide.


KITA SUSUN JADUAL KITA SENDIRI SENANG MUDAH

Tapi kalau pun kau dah buat ittanery mcm gini tapi di sana nanti kau boleh dapatkan guide utk ke kawasan2 yang kau rasa perlukan guide.

Sebenarnya bila kau buat ittenary mcm ini sedikit sebanyak kau dah tau berapa anggaran perbelanjaan yang kau perlukan. Setiap kali org akan tanya saya berapa banyak duit nak kena bawa bila hendak ke Luar Negara. Saya tak pernah tetapkan berapa tapi kalau kau jenis kaki shopping bawalah 5k kau shoping puas2 hehehe tapi saya jenis suka tgk tempat org ni bawa duit ala kadar je utk makan dan tambang serta sedikit cenderamata utk kwn. hehehe

Okay ... setiap kali trip saya akan pastikan pembayaran hotel saya telah buat. so maksudnya bila kau dan sampai destinasi yg kau nak pergi soal duit penginapan kau dah tak perlu fikir. kau dah satel awal2. so kau boleh simpan duit utk perbelanjaan di sana saja. lagi satu kebaikan nya bila kau dah booked hotel awal2 ... masa nak isi borang masuk dekat imigresen kau dah tak terkial2 nak cari nama hotel. MUDAHKAN?


Sampai sini dulu...so kalau dah ada plan nak ke mana tahun depan... buatlah perancangan awal... save bajet dan save kos... okay bye...

No comments: