Tuesday, 17 July 2018

Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 4

Rujuk entry sebelum ini  Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 3

Hari ke 3 

Mmg rasa susah nak tidur, perut yg kena tebuk dah rasa sakit..agaknya ubat bius dah habis..mmg sukar utk bergerak..byk pergerakan saya dibantu oleh nurse , setiap jam pula Nurse datang check tekanan darah saya. Lepas operation tekanan darah saya tak stabil. saya pun agak risau. 

Sebelum Dato Dr Hamid Arshad dtg nures terlebih dahulu datang membuat pemeriksaan, membersihkan saya dan mengemas apa yang patut dan memaklum jam berapa Dr akan datang buat lawatan.

Tepat Jam 10.00 Dr datang memaklumkan pada saya apa yang dilakukan kepada saya semlm. Alhamdulilah...Dr memberi panduan dan nasihat serta info yang sangat baik. Cuma rasa kelakar skit bila Dr kata dalam perut cuma banyak lemak... hahaha Dr nasihatkan agar saya banyakkan excersis dan diet bagi mendapat berat yang ideal.Lagipun Dr kata tak elok utk kesihatan kalau tak jaga makan. Dr juga maklumkan saya juga menjalani proses D&G ..iaitu mencucui saluran peranakan. O ya proses D&G ini bukan utk org keguguran sahaja tau, tapi menurut Dr Hamid kebiasanya selepas beliau membuat Pembedahan Laparoscopy beliau juga akan membuat proses D&G ini. 

Selesai Dr melawat, kami berkemas dan bersiap apa yang patut kerana flight balik ke Sabah petang ini juga Dari KL pada jam 5 petang. Alhamdulilah Nurse memberi kerjasama yang sangat baik. Walaupun urusan insurans belum selesai nurse maklumkan bayar deposit saja dulu ...sebanyak RM300 nanti dtg KL balik boleh tuntut deposit tersebut. 

Walaupun perut agak sakit...dan pergerakan saya agak slow...takut jahitan terbuka..

Berakhirlah episod ini... So pada sahabat2 diluar sana yang akan dan bakal menjalani pembedahan Laparoscopy ini saya nasihatkan tak perlu takut.. pembedahan yang hanya menebuk 3 lubang kecil dekat perut.. banyakkan berdoa dan google pengalaman2 mereka2 yang pernah menjalani pembedahan laparoscopy ini. 

:) 



Friday, 13 July 2018

Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 3

Hari ke 2-


Hari pembedahan di jalankan... 

Seawal awal pagi lagi nurse dah kejut. Malam tu saya tak tidor lena sgt sebab setiap jam Nurse Datang nak check tekanan darah dan check bacaan gula. Nurse bagi juga baju untuk masuk operation. baju warna biru. Sebelum bertolak ke Bilik Bedah saya..salam n cium tangan suami..minta maaf klu ada terkasar bahasa..atau kekurangan selama jadi isteri dia..mana tau saya kata operation tak berjaya ...tiba2 saya ingat Mak, ayah, adik2 keluarga, dan anak saya aleesya..tambah deras pula airmata saya masa kena sorong ke Bilik Bedah huhu..... saya baca semua ayat al quran yg saya ingat.. saya berzikir...


Bila saya dah masuk, rupanya ada banyak bilik lagi kat dalam. Ada bilik pembedahan, bilik menunggu, bilik recovery. tak berapa ingat sangat dah. Saya rasa saya org yang ke 6 kena operation hari tu.. sejam juga menunggu.. dalam tempoh tu Dr bius datang ingatkan saya beberapa prosedur mengenai bius. saya akan dibius bila sampai di bilik bedah..hampir sejam menunggu saya  ditolak masuk ke bilik bedah, hati dah dup dap dup dap. yela first time nak kena bedah.. duk bawah lampu banyak banyak tu kan. Pastu masukla doktor bius yang jumpa semalam tu. Dr bius pesan mengucap byk2.. katanya sakit skit mcm kena gigit semut.. Nurse plak ada bisik kat telinga, "mengucap ye" ..Masa Dr masukkan ubat bius melalui jarum ditangan..sakitnya Allah je tahu.. rasa kebas separuh badan dan........... tetiba mata rasa gelap..


"puan tiny, puan tiny, .. bangun.. pembedahan dah selesai. " saya dengar suara tu...saya cuba buka mata...Ya Allah macam tak percaya, saya tak rasa apa langsung. perut tak rasa sakit pun. cuma mata saya penat mungkin kesan bius tak habis lagi kot..Nurse senyum tgk saya dan bgai tau saya dah selesai operation..serius... sikit pun saya tak sedar. hehe.. waktu tu dalam pukul 3.00pm rasanya. cepat betul Dr hamid operate.mungkin dalam 5 jam juga saya dlm dilim bilik pembedahan
Perut dah mula rasa sakit bila gerak gerak. Bila ditolak ke bilik masih rasa mamai mamai lagi. Memang tidur je kat bilik. 

Semua urusan saya serahkan pd Nurse..saya tak larat nak buka mata..Nurse dtg nak tukar pad dan lapis katil sebab byk darah. Nurse nak saya buang air kecil ..nurse nak tau agar tiada kesan selepas operation...Nak ke toilet pun nurse temankan...nak tau saya boleh buang air kecil secara normal atau tidak...alhamdulilah...saya tak ada kesan yg tak baik lepas operation..boleh buang air kecil secara normal..selesai membersihkan saya...Nurse minta saya minum...saya diberikan air milo utk mengisi perut..Alhamdulilah saya dapat minum dengan baik...

Kiranya Hari ke 2 ini saya lebih byk berehat ....Terima Kasih Staff Nurse Hospital TTDK.. menjaga saya dengan baik ,,,

Nanti sambung lagi... selamat membaca... 

(Gambar Tidak Dapat Disertakan ...AURAT..hehe tang perut)