Friday, 8 June 2018

Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 1


Alhamdulilah....Pembedahan Laparoscopy berjaya dan saya melaluinya dengan jiwa yang tenang dan bahagia...hahaha..amboi ayat...tak tau saya punya gementar tuhan saja yang tau...hehe okay meh saya terangkan serba sedikit apa itu laparoscopy dan kenapa saya perlu buat pembedahan kecil ini...

19.12.2017 saya ada buat temujanji pertama di Klinik Dato Dr Hamid Arshat ..dalam pertemuan ini Dato memaklumkan yang saya ada cyst sebesar 5 cm saja.Dato terangkan apa yg perlu dilakukan sebab cyst ini pandai membesar. so saya decide utk buang. Dato terangkan prosedur yang akan dijalankan nanti ialah Laparoscopy. Di mana 3 tebukan kecil di perut utk melihat dan membuang cyst tersebut. dalam masa yang sama Dato Dr akan melakukan D&C sekali. so Tarikh utk prosedur Laparoscopy n D&C telah pun diperolehi.

Saya pun gigih  lah mengoogle apa benda Laparoscopy ni..apa D&C ..dan melalui google saya membaca serba sedikit pengalaman2 mrk yang pernah melakukan prosedur ini. Alhamdulilah rata2 positif dan ini menghilangkan rasa takut dan gementar saya.  Sedikit Info mengenai LAPAROSCOPY

Image result for laparoscopy
PROSEDUR LAPAROSCOPY 


Image result for laparoscopy
KEDUDUKAN TEBUKAN LUBANG 

Proses Laparoscopy ini ialah pembedahan kecil yang mana hanya melibatkan 3 lubang di tebuk utk memasukkan 3 benda penting yang terdapat dalam gambar seperti di atas.

Manakala proses D&C ialah Proses Mencuci Rahim . Proses mencuci rahim bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang keguguran. menurut Dato Dr Hamid proses D&C ini baik utk kesihatan dan kesuburan Rahim Wanita. so saya redha saja lah apa pun yang dilakukan adalah utk kebaikan dan kesihatan saya juga.

Okay nanti sambung Part Kedua pula...





No comments: