Tuesday, 17 July 2018

Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 4

Rujuk entry sebelum ini  Pembedahan Laparoscopy dengan Dato Dr Hamid Arshat PART 3

Hari ke 3 

Mmg rasa susah nak tidur, perut yg kena tebuk dah rasa sakit..agaknya ubat bius dah habis..mmg sukar utk bergerak..byk pergerakan saya dibantu oleh nurse , setiap jam pula Nurse datang check tekanan darah saya. Lepas operation tekanan darah saya tak stabil. saya pun agak risau. 

Sebelum Dato Dr Hamid Arshad dtg nures terlebih dahulu datang membuat pemeriksaan, membersihkan saya dan mengemas apa yang patut dan memaklum jam berapa Dr akan datang buat lawatan.

Tepat Jam 10.00 Dr datang memaklumkan pada saya apa yang dilakukan kepada saya semlm. Alhamdulilah...Dr memberi panduan dan nasihat serta info yang sangat baik. Cuma rasa kelakar skit bila Dr kata dalam perut cuma banyak lemak... hahaha Dr nasihatkan agar saya banyakkan excersis dan diet bagi mendapat berat yang ideal.Lagipun Dr kata tak elok utk kesihatan kalau tak jaga makan. Dr juga maklumkan saya juga menjalani proses D&G ..iaitu mencucui saluran peranakan. O ya proses D&G ini bukan utk org keguguran sahaja tau, tapi menurut Dr Hamid kebiasanya selepas beliau membuat Pembedahan Laparoscopy beliau juga akan membuat proses D&G ini. 

Selesai Dr melawat, kami berkemas dan bersiap apa yang patut kerana flight balik ke Sabah petang ini juga Dari KL pada jam 5 petang. Alhamdulilah Nurse memberi kerjasama yang sangat baik. Walaupun urusan insurans belum selesai nurse maklumkan bayar deposit saja dulu ...sebanyak RM300 nanti dtg KL balik boleh tuntut deposit tersebut. 

Walaupun perut agak sakit...dan pergerakan saya agak slow...takut jahitan terbuka..

Berakhirlah episod ini... So pada sahabat2 diluar sana yang akan dan bakal menjalani pembedahan Laparoscopy ini saya nasihatkan tak perlu takut.. pembedahan yang hanya menebuk 3 lubang kecil dekat perut.. banyakkan berdoa dan google pengalaman2 mereka2 yang pernah menjalani pembedahan laparoscopy ini. 

:) 



No comments: